aku tak mahu serumah dengan kamu bertiga
aku tak mahu berkongsi ape adanya dengan kamu bertiga
aku tak mahu menolong kamu bertiga
dan kalau kamu boleh nyatakan berapa jumlah wang
yang kamu telah ter-belanjakan untuk aku
aku mahu pulangkan semua kalaupun aku tidak mampu
kalau tenaga, masa dan apa pun sekali aku boleh pulangkan
akan ku pulangkan tanpa kurang satu
kerana apa yang kamu bertiga buat di luar jangkaan aku
kerana antara seorang dari kamu itulah yg menjadi duri dalam daging
yang sering menikam belakang dan menyemarakkan api kecil
yang seorang itulah yang betah berkata-kata menyindir dan mengumpat
sedangkan dalam masa yang sama kamu jauh lebih teruk,dan hipokrit
aku bukan seperti kamu yang hanya tahu cakap belakang
aku bukan seperti kamu yang arif mencipta cerita buruk
aku bukan seperti kamu yang sering menelan kembali kata-kata sendiri
aku juga bukan seperti kamu yang suka menjaja cerita di laman sosial
atau merampas hak milik orang lain lalu mengaku innocent
kerana aku di ajar untuk berterus terang dengan setiap perkara
aku tidak simpan dan menghamburkannya di hujung garisan
aku tidak di ajar untuk menghakimi seseorang sesuka hati
sedangkan diri sendiri penuh cacat cela dan khilaf
coretan ini di luahkan atas rasa kesal yang amat mendalam dan tatkala melihat mukanya aku bersumpah aku berasa marah.
2 comments:
kalau kamu tak kenal mereka bertiga, takde la kamu belajar perangai manusia macam mana.
hurmm btol jgk tu.. ;)
Post a Comment