Rasa

Aku takkan mungkin faham apa rasa berjalan dalam sepatu orang lain. Dan siapa pun takkan paham apa aku rasa berjalan dalam sepatu aku.


Sepatu aku lusuh, banyak cela. Sering luka.

Jadi, jangan mudah-mudah bagi tahu aku untuk bangkit semula jadi aku yang dulu.
Jangan bagitahu aku lupakan kesakitan aku dan pergi hidup macam dulu.

Orang yang tak sakit tak rasa.
Macamana hancur seluruh cita-cita dikala aku masuk hospital.
Dikala doctor bagitahu aku suruh berhenti kerja dan tunggu sembuh.

Orang tak rasa. Orang nampak aku elok sekarang.
Orang tak nampak aku sakit waktu cuaca panas.
Waktu aku bergerak banyak. Dan tertekan

Kau pun takkan rasa perasaan kosong aku
Kerana aku terlalu biasa


Tuhan, aku lepaskan setiap luka ku dalam setiap hembusan nafas doaku
Aku harap aku bisa hilang.




No comments: