Jadi jugak orang aku ni.
Masa zaman tuh aku selalu jeles tengok budak2 yang mak ayah tak brapa mampu tu dapat biasiswa. Isi borang la ape mintak duit kat sekolah sebab na beli buku kononnya. Tapi tengok minggu depan dah pakai beg baru padahal beg yg ada tu tak rosak pun. Aku banyak schoolmate macamni. Bila tanya kenapa beli baru, dorang cakap saja tukar baru. Tak rasa berdosa ke tipu cikgu mintak duit pastu bukan beli brang sekolah pun. Dah la biasiswa zaman sekolah memang free je, boleh pulak dorg menipu. Pastu zaman kolej pulak, ade yang dapat PTPN ke MARA ke. Dorang joli habis2 awal bulan beli itu ini, lepas tu da habis mintak duit kt parents lagi. Pelik la dorang ni.. Aku pun mintak duit kat mak kadang2, tapi aku bajet gile na cukup kn 600 tu tok sebulan. Tak la every month kene mintak duit.
Masa aku sekolah rendah, ade satu kawan ni, dah lupa nama die. Die je la satu-satunye budak yang aku kenal guna duit biasiswa betul2. Parents die orang susah. Hari2 die kayuh basikal buruk die bunyik krek krek krek pegi sekolah bawak adik die kat belakang. Adik die darjah satu. Lepastu adik die tunggu nak balik sama2 nanti. Kesian. Baju dia lusuh sangat. Kasut pun dah koyak pakai lagi. Nanti nak balik belikan jajan murah untuk adik die. Kadang2 rehat die makan, kadang2 tak. Sedih tengok..
Majoriti anak-anak melayu ni memang mentaliti 'take things for granted'. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Perlu la ingat duit biasiswa tu kan kita pinjam je. Esok2 nak kene pulang.
2 comments:
my sis-in-law knows this girl in UIA. comes from a very poor family, the type that misses a day's meal because takde duit. dia pun maggi je hari2.
but the clothes... the make up... fuh.
hope she ends up with some tan sri.
oh my..manusia.
Post a Comment