cinta tu ada, cuma percaya pada apa kau rasa. aku masih menghitung hari pulang. masa seakan berjalan terlalu lambat dan halus. harap Tuhan simpan umur mahu pulang jumpa mereka; mereka yang selalu dalam doa2 ku. harap aku selalu dalam jagaan Tuhan kerana aku mahu sangat pulang.
bicara random
dalam 2 bulan lepas adalah satu kawan lama ni mintak maaf tentang benda lepas yang dah jadi. lepas benda yang kami gaduhkan tu memang kami x penah bercakap lansung kiranya terus x kawan la kan... die message mintak maaf and so on.. aku ni bukan la ego ke apa x mau kawan balik dengang die, tapi benda yang dia buat dulu tu mmg terlalu melampaui batas dan hati ini memang tawar terus. bukan aku tak mahu kawan dengan kamu tapi perbuatan kamu yang dari dulu tuh suka bercakap buruk pasal seseorang lepastu kamu yang terhegeh2 kawan dgn org tu..i am not that kind of person. i dont eat my words back. sekali sahaja dah cukup untuk aku limit kan diri sama ade nak berkawan atau tidak dgn individual tu. aku ni observant. aku mungkin x bercakap bayak, bukan sebab aku sombong sebab aku ni terlalu selalu salah menilai orang kalau aku kawan cepat2. selalu saja orang yang aku ingat nice tu turned out to be a bitch or an asshole. so aku ni learned from mistake, dan berkawan dengan kamu tu salah satu kesilapan besar dalam hidup. jadi nak berkawan semula dgn kamu tu seperti mengulang silap bodoh yg sama. terima kasih sebab mintak maaf tapi aku nak kamu tau aku x pernah pun harap kau say sorry tu. sebab aku da lama da move on. kalaupun dulu kau x mintak maaf memang aku da maafkan bukan sebab aku na nampak good2, tapi sebab aku nak orang lain pun maafkan salah aku pada sapa2 atau apa2 silap yang aku x perasan aku buat. Qada' dan Qadar tu ada. hari ni kita buat orang, esok orang buat kita pulak. benda sama berulang bila lagi seorang datang mencari aku balik bertanya kisah2 dulu. kisah cinta to be exact. jujur aku sedih kamu x move on lagi. 2tahun berlalu. aku dah gembira dah dengan orang lain. aku x paham kenapa kau x move on, kau masih sayangkan aku tapi kau masih menggayakan perangai kau yang aku x suka tu. ini pun pengajaran untuk diri sendiri juga, kalau kita sayang orang tu belajar lah berubah demi orang tu. bukan maksud aku kita kena berubah sebab orang lain, tapi hargai perubahan yang orang tu buat untuk kita. hidup ni give and take. dan sering kali aku saja yg 'give'. aku pun mahu merasa jd yang 'take'. bukan semestinya dalam bentuk kebendaan atau wang ringgit. give and take kasih sayang, perhatian, pengorbanan, perubahan dan macam2 lagi. untuk sekarang ni aku akui aku x punya kawan berjuta, atau keluarga sempurna tapi aku gembira dan seronok dengan orang2 yang ada untuk aku. yang terima degil aku, manja aku, marah aku, sedih gembira sentiasa sayang aku. yang x pernah kesah aku ini cantik rupa paras atau tidak. yang hargai aku dan ingat aku dalam detik2 hidup mereka. walaupun aku rasa aku ni kadang terlalu mentah untuk hadapi apa yang ada sekarang aku tetap bersyukur. tipu kalau aku kata aku x cemburu tgk kawan2 seumur dgn aku masih belajar jadi doktor, engineer, cikgu dan macam2 lagi. cemburu pada kakak2 ada degree dan lebih dari itu. aku ini ade sekeping diploma saja. cemburu pada mereka yang punya ibu bapa yang masih gembira bersama ke hari tua. tapi aku ini bersyukur kerana ibu bapa yang aku ada ini aku jadi orang yang berguna. aku belajar hidup di atas kaki sendiri. kerana ibu bapa yang aku ada ini, aku boleh kata aku berjaya hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment