anjakan paradigma dalam hidup menjadi agenda baru.tak perlu tunggu awal tahun untuk memasang azam baru atau menunggu hujung tahun untuk melihat pencapaian masing-masing.
kita ni sama sahaja.semua orang akan berbuat silap dan orang yang berbuat silap jugalah yang akan berbuat baik pada yang lain.itu memang kebenaran.jadi lah seorang yang berpijak di bumi nyata.
semalam aku tengok drama. ayah watak utama cakap cinta pertama MEMANG TAK BOLEH DILUPAKAN.banyak benda pertama dalam hidup kita pasti tersemat elok dalam ingatan.
basikal pertama, cellphone pertama, bestfriend pertama dan sebagainya.kerana yang pertama itu telah membuat kelainan yang besar dalam hidup kita. tak boleh dilupakan tak bererti tak boleh diletak tepi kerana kita perlu belajar untuk let go terhadap sesetengah perkara.aku akui cinta pertama dan bestfriend pertama aku susah untuk aku buang dari ingatan kerana aku tak mahu memaafkan dan melepaskan mereka.tapi akhirnya aku berbuat begitu kerana aku sedar hal hal mereka membebankan saja. dan mungkin mereka pun sudah memafkan dan melepaskan aku pergi.
nasihat.
ada seseorang yang penting dalam hidup aku selalu ingatkan aku bahawa kasih sayang yang akan membuat kita terluka melalui teguran-teguran dan nasihat-nasihat yang mungkin juga bisa buat kita menangis. aku juga susah nak terima pendapat orang ni. tapi tak lama lepas tu ada kejadian berlaku di mana aku benar-benar bersetuju dengannya.kalau kita sayang orang tu kita kene tegur.jangan jadikan alasan jaga hati tak nak menegur.tak cantik cakap tak cantik.jangan bagi jawapan boleh la atau sebagainya. kita sayang mereka,kita mahu mereka jadi lebih baik bukan?dan jujur lah dengan perasaan kita.
insan yang sama juga bercerita bahawa perasaan-perasaan yang disimpan lama lalu dilepaskan sekali gus tidak membawa apa-apa kebaikan malah mengeruhkan keadaan. itu memang sangat betul. pilih antara dua ni. kita jatuh hati pada kasut di mall terus beli walaupun mahal atau tunggu dua bulan untuk sale dan dapat beli kasut yang kt display besar sebelah? konsep yang sama akan berlaku dalam situasi marah, suka, berpura-pura dan sebagainya.
tintasnya kita sentiasa ada pilihan di dalam hidup.pilih yang mana lebih baik.
No comments:
Post a Comment